2:55 PM

Pesanan untuk LELAKI...

Nasihatku Padamu

Sudah lama hati ini memendam rasa Ingin saja ku luahkan segera agar ia menjadi nyata

Namun kekuatan itu belum tiba Kerana merasakan diriku ini sangat kerdil untuk menasihati Kerana merasakan ilmuku ini sangat cetek untuk ku kongsi

SayangNya Engkau pada hambaMu ini Ya Rahim..

KalamMu mengingatkanku dan mendorongku Dengan kata-kataMu yang indah seindah nama-namaMu

Dalam surah Al-Asr Engkau berfirman: ”Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran.”

Aku tidak mahu menjadi insan yang rugi, Aku mahu menjadi hambaMu yang beriman dan beramal soleh

Andai aku tiada lagi di dunia ini.. Mana mungkin aku dapat berpesan-pesan dengan kebenaran Dan berpesan-pesan dengan kesabaran..? Pastinya aku tak sanggup menanggung malu

Di hari pembicaraanMu kelak Andai tiada apa yang dapat ku sumbangkan untuk agamaMu yang mulia ini Sedangkan rahmatMu tika ku di dunia ini terus-terusan menghujaniku

Aku sedih melihatkan ramai pasangan yang bukan mahram Berdua-duaan di tempat-tempat sunyi Di taman-taman nan indah dan permai Bergurau senda dan ketawa riang Berjalan berdua-duaan berpengangan tangan Tanpa menghiraukan batas dan syariat pergaulan

Tak malukah dirimu pada pokok-pokok tempat kau bersandar ? Pada batu-batu yang kau pijak ? Pada burung-burung yang berterbangan ? Semua itu bukti kekuasaan Ilahi Yang akan menjadi saksi bagimu di Mahsyar nanti..

Aku merindui lelaki yang sejati Yang berusaha mencontohi akhlak Nabi Muhammad yang ku sanjungi Yang selalu menyebut-nyebut zikrullah Dan hatinya terhibur dengan kalamullah

Ingin aku tegaskan di sini, kerana aku sayang padamu

Penciptamu dan penciptaku telah berfirman dalam surah An-Nisaa’ ayat 34: ”Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan......”

Inginku tegaskan disini Lelaki adalah pemimpin..! Yang bakal memimpin anak-anak dan isteri Dengan penuh hikmah dan kesabaran Samaada menuju neraka atau syurga Firdausi

Kuatkan jati dirimu, tingkatkan ilmumu Mana mungkin lelaki yang goyah imannya Mampu membentuk generasi Islam yang cintakan Allah dan Rasulnya..?

Cinta itu fitrah insani Cinta itu hadiah Ilahi Setiap hati pastinya gembira dan suka tatkala menerima hadiah

Namun wajarkah hadiah lebih dicintai berbanding Pemberi Hadiah? Di mana hilangnya sifat syukurmu..?

Duhai lelaki sejati yang ku rindui Fitrah ini perlukan hidayah Jika tidak fitrah akan menjadi fitnah Lalu menjerat dirimu sendiri...

Tidak kunafikan di sekelilingmu terlalu banyak dugaan Yang datangnya daripada kaumku sendiri Yang kau perlu tepis habis-habisan Dirimu itu pemimpin Binalah kekuatan dalamanmu dengan keyakinan padaNya

Kerana syariat itu, awalnya kelihatan sukar dan pahit Tetapi bila dilaksanakan manis dan bahagia

Sedangkan kemungkaran itu Pada awalnya nampak manis dan menyeronokkan Tetapi bila dibuat pasti ada penyesalan dan keresahan

Yakinlah duhai lelaki sejati yang ku rindui Dengan Al-Mujib, yang Maha Mengabulkan ” Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar” (Al-Baqarah: 153)

” Dan orang-orang yang bersungguh-sungguh untuk mencari keredhaan Kami benar-benar akan Kami tunjukkan mereka jalan-jalan Kami.”(Al-’Ankabut: 69)

Solehkanlah dirimu, Insya-Allah cinta wanita solehah turut kau miliki...

Inginku tegaskan di sini Lelaki adalah pemimpin...!

Binalah prinsip hidupmu berdasarkan Al-quran dan As-Sunnah Janganlah engkau menurut sahaja kemahuan wanita yang bakal kau pimpin Tanpa memikirkan baik buruk buat dirinya Lelaki yang sejati itu Sangat pemurah dalam memberi nasihat dan teguran Dan dia seorang yang bijak dalam menjaga hati dan perasaan Duhai lelaki sejati yang ku rindui

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad SAW telah bersabda:

” Dinikahi wanita itu kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya , kerana kecantikannya dan kerana agamanya maka pilihlah yang mempunyai (mengamalkan) agama, ia menyenangkan kamu.” (Riwayat Muslim) Jagalah hatimu dan jagalah hatinya Kerana hati ini milik Allah Dan kepada Allah sahajalah hati ini selayaknya diberikan.............

(Nukilan daripada Cahaya Hati, ilham daripadaNya jua)

0 comments:

Post a Comment