3:35 AM

Perjalanan Usia



Semalam adalah kenangan
Hari ini satu kenyataan
Esok pula satu harapan
Ia lumrah kehidupan
Dalam titian pesona dunia


Ku lalui pilu bersulam duka
Jalan kanan dan kiri
Ketawa bersulam iri
Jadi petualang dalam diri

Apakah masih awal lagi
Aku mengenal hasanah
Atau mungkin khatimah
Menutup keluhuran ini
Semalam atau hari ini

Atau mungkin esok
Sudah pasti kulalui sendiri
Bukan disalah erti
Tapi harus difahami

0 comments:

Post a Comment